HAPPY


ASSALAMMUALAIKUM..

Satu hari nanti pasti ALLAH bagi kita semua rasa bahagia.
Cuma kita jangan pernah tanya bila, dimana, mahu pun dengan siapa kita saat itu.
Cuma sabar, redha, dan terus kuat untuk terus berjalan.
Andai saat ini kau lelah
Andai saat ini hati kau terluka
SENYUM DAN TERUS LAH TERSENYUM

Aku terbaca satu ayat ni yang buat aku kuat.

ALLAH akan hancurkan hati orang yang Dia sayang berkali-kali sehingga tiada lagi harapan untuknya dunia ini. Tiada lagi harapan kepada makhluk. Yang ada hanyalah harapan untuk ALLAH semata. Bagi yang mencari cinta ALLAH bersedialah untuk menerima hakikat ini.
Maka patahkanlah, hancurkanlah, koyaklah, remukkanlah dan hilangkanlah agar tiada lagi selain dari DIA. 

Bersedialah untuk bahagia lepas semua duka ini. Ujian kita mungkin berbeza tapi perjalanan kita tetap sama. Menuju DIA yg satu.

SABAR WAHAI SAHABAT
SABAR WAHAI TEMAN
SABAR WAHAI HATI
SABAR WAHAI DIRI SENDIRI

Kita tak pernah sendiri. ALLAH sentiasa disisi. 

Comments

Popular Posts